SELAMAT DATANG kE BLOG KAMI

SEE THIS BLOG....

Monday, November 8, 2010

SEJARAH RINGKAS DMW

Sejarah Awal

DMW telah diasaskan oleh ulama terkenal tanah air iaitu Tuan Guru Haji Abdullah Fahim, iaitu datuk kepada YB Dato' Seri Abdullah Badawi, Perdana Menteri kita yang kita hormati dan sayangi.

Nama Daeratul Ma'arifil Wataniah adalah hasil istikharah pengasasnya. "AL-WATANIAH" pada nama sekolah bermaksud BUMIPUTRA dan merupakan petunjuk kepada kesedaran pengasasnya tentang perlunya anak bangsanya dididik dengan sempurna.

Pembelajaran telah dimulakan pada 2 Rabiul Awal 1344 bersamaan tahun 1926M, di anjung rumah pengasas DMW sendiri dengan 5 orang pelajar sulung. Pada tahun 1934, berikutan dengan pertambahan bilangan pelajarnya, pengajaran dan pembelajaran telah dipindahkan ke sebuah bangunan kayu yang terletak di sebelah Masjid Kepala Batas, Seberang Perai Utara, yang kini dikenali sebagai Masjid Jamiul Badawi. Bangunan tersebut masih kekal hingga kini dan menjadi Sekolah Rendah Agama DMW.

Pengajian pada peringkat awal ini adalah berpolakan sistem pengajian pondok.

Pelajar-pelajarnya, yang datang dari seluruh pelusuk tanah air dan juga dari negara-negara berjiran tinggal di sekitar sekolah dalam beberapa buah pondok. Lama-kelamaan, sistem pengajian umumi telah ditambah dengan pengajian corak nizami, iaitu pengajian yang bersistem kelas yang tersusun.

Pengajaran dibantu oleh beberapa orang guru, termasuk Haji Ahmad Badawi, yang menjadi mudir sekolah. Beliau adalah anakanda Tuan Guru Haji Abdullah Fahim sendiri, dan ayahanda kepada YB Perdana Menteri kita. Kepercayaan ayahandanya kepada Abdullah untuk memimpim DMW adalah berdasarkan ilmu yang mendalam pada dirinya. dalam.

Mengikut terbitan Jabatan Penerangan Malaysia, Negeri Pulau Pinang, berjudul Abdullah Fahim: Perjuangan Seorang Tokoh Agama Dan Kemerdekaan, bilangan pelajar pernah meningkat ke angka ribuan. Selain pelajar dari Tanah Melayu, terdapat pelajar-pelajar dari Thailand, Indonesia dan juga beberapa negara lain.



DMW Hari Ini

DMW hari ini berstatus Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan menampung pelajar-pelajar yang telah memilih saluran pendidikan alternatif kepada sistem Sekolah Menengah Kebangsaan kerajaan.

DMW baru-baru ini telah membuka cawangannya iaitu Daeratul Ma'arifil Wataniah 2 (DMW 2) yang terletak di Guar Perahu, Seberang Perai. DMW 2 telah dibuka untuk menampung bilangan pelajar yang kian bertambah. Murid-murid lelaki ditempatkan di sini, manakala DMW induk di bandar Kepala Batas pula menempatkan pelajar-pelajar perempuan (walaupun terdapat juga beberapa kelas lelaki di sini).

Pada masa ini jumlah pelajar di DMW induk melebihi 500 orang. orang.

Sebuah bangunan baru sedang dalam proses didirikan untuk mengatasi keadaan yang kian sesak di DMW induk. Bangunan ini dijangka akan dapat digunakan bermula sesi persekolahan baru 2004, insya' Allah. Ini hanya ikhtiar sementara, kerana perancangan masa depan terdekat ialah menjadikan DMW feeder school untuk sebuah Institusi Pendidikan Tinggi Islam di negara ini, yang memerlukan infrastruktur yang lebih canggih. Usaha ke arah objektif tersebut akan segera dimulakan dengan mendirikan bangunan empat tingkat. Buat masa kini, pihak JKR sedang dalam proses menetukan penendernya.

Tenaga pengajar DMW pada masa ini terdiri daripada 26 orang guru yang berdedikasi, lelaki dan perempuan, sebahagian besarnya berijazah

0 comments:

Post a Comment